About Me

AR Pesona merupakan sebuah syarikat milik sepenuhnya bumiputera yang memberikan perkhidmatan terapi minda dan sentuhan jiwa , urutan , kaunseling , motivasi kepada syarikat-syarikat koprat , universiti , kolej , ibubapa dan sekolah serta orang perseorangan .Misi AR Pesona adalah menyahut seruan Perdana Menteri iaitu " SATU RUMAH SATU KAUNSELOR " dimana dalam sesebuah keluarga , ibubapa yang mengikuti kursus terapi minda dan sentuhan jiwa akan menjadi pakar terapi untuk anak-anak dan ahli keluarga bagi mencapai kebahagiaan keluarga. Di sekolah pula , guru yang mengikuti kursus dengan kami akan menjadi pakar terapi untuk guru-guru dan pelajar untuk menaikkan prestasi kecemerlangan di sekolah. Di syarikat , terdapat pengurus atau pekerja yang mengikuti terapi akan menjadi pakar terapi untuk menaikkan dan memajukan syarikat . Manakala untuk usahawan pula , akan menjadi pakar terapi untuk dirinya sendiri untuk lebih maju dan lebih memahami kehendak dan keperluan pelanggan .Visi kami pula adalah ingin melahirkan insan yang mempunyai kualiti hidup dan mengenali diri yang sebenar dimana minda dan jiwanya selari iaitu berda pada landasan/track yang sebenar.

Saturday, November 8, 2008

TEKNIK TERAPI di AR PESONA :Pengenalan Hypnosis & Hypnotraphy

Teknik Hipnoterepi / Hypnotherapy

Teknik ini telah diamalkan sejak 3000 tahun dan penggunaan secara klinikal diperluaskan negara barat 300 tahun dahulu. Justeru itu, keberkesanannya tidak dapat dinafikan, rawatan jenis telah banyak membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang ramai tanpa mengira bangsa.

Hipnoteraphi adalah salah satu kaedah pengubatan alternatif dengan proses penyembuhan gabungan Therapy technology , Hypnosis, NLP dan EFT.

Kemahiran menggunakan seni berkomunikasi ( power of word ) untuk memberi kesan positive terus ke fikiran bawah sedar adalah ciri penting untuk memulakan rawatan ini. Saranan dengan menggunakan "power word" ini akan terus masuk ke dalam minda separa sedar dan membantu menukarkan tabi'i/ tabiat serta tingkah laku anda secara dramatis dan dynamic. Keberkesanan rawatan jenis ini telah di ujikaji secara saintifik oleh pakar-pakar neurology, pakar-pakar sakit jiwa serta perubatan modern. Hasilnya ternyata amat berkesan untuk membantu menyembuhkan penyakit kejiwaan, penyakit yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat.

Kaedah rawatan ini boleh juga digunakan dalam mengatasi masalah emosional dan fizikal seperti berhenti tabiat buruk-merokok ; dadah ; sels bebas, membina keyakinan diri, mengatasi masalah penyakit misteri, fobia, trauma dan banyak lagi yang tidak dapat diterangkan disini.

Hypnotherapy sangat bermanafaat di dalam membantu proses penyembuhan diri sendiri maupun membantu kepada penyembuhan pelbagai penyakit yang dialami. Di AR Pesona , anda akan dibimbing oleh beberapa orang pakar dalam Ilmuan Hypnotherapy. Melalalui teknik komunikasi, perhatian anda ditumpukan pada sesuatu sehingga anda menjadi tenang. Mengikut kajian yang tercatat, 90 % penyembuhan dengan menggunakan kaedah ini telah berjaya berbanding dengan kaedah lain.
Bagaimana proses rawatan dijalankan

Sesaorang yang mahu diri nya di Hypnotherapy akan tenangkan terlebih dahulu sebelum diberikan saranan-saranan mengikut kehendak nya sendiri. Pesakit akan seolah olah tertidur tetapi beliau masih boleh berkomuniksai dengan baik. Ketenangan yang dialami pada masa itu akan menjadikan fikiran bawah sedarnya terbuka untuk dimasukkan pelbagai saranan positif. Saranan tersebut akan masuk terus ke fikiran bawah sedar nya, di mana akan di proses dan di sebarkan kepada mana -mana anggota badan yang mengalami masalah.

Hypnotherapy pada dasar nya adalah satu proses penyembuhan diri sendiri dengan di bantu oleh beberapa pakar Hypnotherapist. di AR PESONA

Anda akan diberi saranan-saranan mengikut script tertentu atau apa sahaja kehendak anda sendiri. Penyembuhan sendiri itu bermaksud, apabila anda berada di dalam keadaan Hypnosis State, tumpuan anda hanya akan tertumpu pada satu, ia itu saranan dari suara seorang Hypnotherapist yang akan memandu anda . Pada masa minda anda paling tenang ini lah RAS ( Reticular Activating System ) anda terbuka, dimana semua saranan akan di terima oleh minda bawah sedar melepasi / bypass mikiran sedar anda dan terus menyalurkan nya ke mana yang sepatut di salurkan mengikut kemahuan anda kepada Hypnotherapist pada awal nya.

Konsep asas rawatan Hipnotraphi

Minda manusia berfungsi seperti sebuah komputer contohnya mempunyai memori. Minda juga boleh diberikan arahan seperti memadam (delete), memindahkan (remove) , memasukkan data baru (input) dan lain lain. Berdasarkan konsep inilah komputer dibina tetapi seberapa baik pun ianya dibina kebolehanya tidak sama dengan minda yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
Mengikut kajian, manusia hanya menggunakan 10% saja dari minda mereka sementara yang 90% terbiar begitu saja. Bayangkan seumur hidup, kita hanya menggunakan 10 % sahaja, betapa ruginya bila kita tidak peka akan perkara ini.
Berdasarkan konsep inilah rawatan jenis hipnotraphi diperkenalkan. Perkataan "tidak boleh" yang selalu diberikan kepada kita semenjak kecil akhirnya terlekat di dalam minda separa sedar kita. Sehingga sekarang perkataan ini sentiasa muncul dalam fikiran kita kerana minda separa sedar mempunyai ruangan simpanan sebanyak 80%. Akhirnya kita menjadi orang yang demotivated.
Begitu juga dengan peristiwa lepas seperti, fobia pada orang lelaki akibat pernah dirogol satu ketika dahulu. Fobia ini sentiasa terlekat dalam minda separa sedar menyebabkan sehingga sekarang mangsa ini takut pada lelaki dan akhirnya tidak berkhawin.
Perempuan yang mengalami peristiwa mengerikan sewaktu melahirkan anak, akan menjadi trauma bila mendengar perkataan bersalin, mengandung dan lain lain perkataan yang berkaitan.
Ada orang yang bila terkena hujan akan selalu diserang demam atau sakit kepala. Persoalanya kenapa hanya terjadi pada dia sahaja sedangkan orang lain tidak. Jawapanya kerana dari kecil lagi beliau selalu menerima perkataan ini " jangan berhujan nanti kena demam". Jadi bila perkataan ini sudah sebati dalam minda nya, secara automatik bila terkena hujan dia akan demam.
Maksud cerita di atas adalah, apa sahaja yang terlekat di minda separa sedar akan menjadi pendorong untuk kita mendapat sesuatu. Perempuan yang mengalami peristiwa mengerikan sewaktu melahirkan anak akan mendapat penyakit trauma, orang yang disogokan perkataan "jangan berhujan nanti demam akan mendapat demam bila dia berhujan, orang yang selalu disogokan perkataan takut akan sentiasa takut hingga ke akhir hayatnya.
Sebaliknya bila sesorang disogokan dengan perkataan positif seperti sentiasa berjaya, pandai, hendak kaya, sentiasa kreatif dan lain lain maka perkataan ini akan menjadi pendorong untuk mendapatkan sesuatu. Kalau selalu ditanamkan perkataan hendak kaya pasti dia akan menjadi kaya. Kenapa? adakah dengan selalu menyebut perkataan kaya duit datang melayang layang, bukalah begitu maksudnya.
Seperti yang disebutkan tadi setiap perkataan yang tertanam dalam minda separa sedar, akan menjadi penggerak dan mengarahkan seluruh anggota kita bergerak kehadapan. Minda sedar kita memikirkan bagaimana untuk menjadi kaya, tangan pula diarahkan memegang pen untuk menulis membuat perancangan memulakan perniagaan, mata pula sentiasa melihat peluang, telinga pula kana sentiasa sensetif mencari ruang mendapatkan duit. Inilah maksud yang hendak disampaikan.
"Yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pepeh tidak akan datang melayang"
Segala cita cita yang hendak dicapai mesti bermula dari minda.