About Me

AR Pesona merupakan sebuah syarikat milik sepenuhnya bumiputera yang memberikan perkhidmatan terapi minda dan sentuhan jiwa , urutan , kaunseling , motivasi kepada syarikat-syarikat koprat , universiti , kolej , ibubapa dan sekolah serta orang perseorangan .Misi AR Pesona adalah menyahut seruan Perdana Menteri iaitu " SATU RUMAH SATU KAUNSELOR " dimana dalam sesebuah keluarga , ibubapa yang mengikuti kursus terapi minda dan sentuhan jiwa akan menjadi pakar terapi untuk anak-anak dan ahli keluarga bagi mencapai kebahagiaan keluarga. Di sekolah pula , guru yang mengikuti kursus dengan kami akan menjadi pakar terapi untuk guru-guru dan pelajar untuk menaikkan prestasi kecemerlangan di sekolah. Di syarikat , terdapat pengurus atau pekerja yang mengikuti terapi akan menjadi pakar terapi untuk menaikkan dan memajukan syarikat . Manakala untuk usahawan pula , akan menjadi pakar terapi untuk dirinya sendiri untuk lebih maju dan lebih memahami kehendak dan keperluan pelanggan .Visi kami pula adalah ingin melahirkan insan yang mempunyai kualiti hidup dan mengenali diri yang sebenar dimana minda dan jiwanya selari iaitu berda pada landasan/track yang sebenar.

Saturday, November 8, 2008

TEKNIK TERAPI di AR PESONA :Pengenalan Hypnosis & Hypnotraphy

Teknik Hipnoterepi / Hypnotherapy

Teknik ini telah diamalkan sejak 3000 tahun dan penggunaan secara klinikal diperluaskan negara barat 300 tahun dahulu. Justeru itu, keberkesanannya tidak dapat dinafikan, rawatan jenis telah banyak membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang ramai tanpa mengira bangsa.

Hipnoteraphi adalah salah satu kaedah pengubatan alternatif dengan proses penyembuhan gabungan Therapy technology , Hypnosis, NLP dan EFT.

Kemahiran menggunakan seni berkomunikasi ( power of word ) untuk memberi kesan positive terus ke fikiran bawah sedar adalah ciri penting untuk memulakan rawatan ini. Saranan dengan menggunakan "power word" ini akan terus masuk ke dalam minda separa sedar dan membantu menukarkan tabi'i/ tabiat serta tingkah laku anda secara dramatis dan dynamic. Keberkesanan rawatan jenis ini telah di ujikaji secara saintifik oleh pakar-pakar neurology, pakar-pakar sakit jiwa serta perubatan modern. Hasilnya ternyata amat berkesan untuk membantu menyembuhkan penyakit kejiwaan, penyakit yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat.

Kaedah rawatan ini boleh juga digunakan dalam mengatasi masalah emosional dan fizikal seperti berhenti tabiat buruk-merokok ; dadah ; sels bebas, membina keyakinan diri, mengatasi masalah penyakit misteri, fobia, trauma dan banyak lagi yang tidak dapat diterangkan disini.

Hypnotherapy sangat bermanafaat di dalam membantu proses penyembuhan diri sendiri maupun membantu kepada penyembuhan pelbagai penyakit yang dialami. Di AR Pesona , anda akan dibimbing oleh beberapa orang pakar dalam Ilmuan Hypnotherapy. Melalalui teknik komunikasi, perhatian anda ditumpukan pada sesuatu sehingga anda menjadi tenang. Mengikut kajian yang tercatat, 90 % penyembuhan dengan menggunakan kaedah ini telah berjaya berbanding dengan kaedah lain.
Bagaimana proses rawatan dijalankan

Sesaorang yang mahu diri nya di Hypnotherapy akan tenangkan terlebih dahulu sebelum diberikan saranan-saranan mengikut kehendak nya sendiri. Pesakit akan seolah olah tertidur tetapi beliau masih boleh berkomuniksai dengan baik. Ketenangan yang dialami pada masa itu akan menjadikan fikiran bawah sedarnya terbuka untuk dimasukkan pelbagai saranan positif. Saranan tersebut akan masuk terus ke fikiran bawah sedar nya, di mana akan di proses dan di sebarkan kepada mana -mana anggota badan yang mengalami masalah.

Hypnotherapy pada dasar nya adalah satu proses penyembuhan diri sendiri dengan di bantu oleh beberapa pakar Hypnotherapist. di AR PESONA

Anda akan diberi saranan-saranan mengikut script tertentu atau apa sahaja kehendak anda sendiri. Penyembuhan sendiri itu bermaksud, apabila anda berada di dalam keadaan Hypnosis State, tumpuan anda hanya akan tertumpu pada satu, ia itu saranan dari suara seorang Hypnotherapist yang akan memandu anda . Pada masa minda anda paling tenang ini lah RAS ( Reticular Activating System ) anda terbuka, dimana semua saranan akan di terima oleh minda bawah sedar melepasi / bypass mikiran sedar anda dan terus menyalurkan nya ke mana yang sepatut di salurkan mengikut kemahuan anda kepada Hypnotherapist pada awal nya.

No comments: